Sebanyak 112 saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan berat sepanjang tempoh Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Perak sejak 29 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, jumlah itu turut membabitkan bas ekspres dan bas henti-henti.